|
Gunung Semanggol , Perak. |
Masa yang ditunggu sampai juga. Sesi latihan PBSCGK 2013 yang kedua ialah menawan Gunung Semanggol,Perak ia adalah satu-satunya Gunung yang ada di daerah Kerian ini merupakan tempat kelahiran aku. Jarak dari Pusat Pentadbiran Daerah Parit Buntar ke Gunung Semanggol lebih kurang 30 km mengambil masa 30 minit untuk sampai.
Apa itu PBSCGK 2013? Adalah satu program yang di anggotai oleh warga kerja Majlis Daerah Kerian. Matlamat atau misi program ini ialah membawa nama MDK menawan puncak tertinggi di ASIA Gunung Kinabalu, Sabah pada Jun 2013.
Sesi dakian Gunung Semanggol adalah salah satu latihan wajib yang telah dirancangkan. Dengan ketinggian 552 meter dan jarak dakian 2.6 km sampai kepuncak memang agak mencabar. Laluan yang jarang dilalui , tahap kecerunan mencabar serta suasana hutan yang tebal sememangnya amat menguji mental dan fizikal.
Kali pertama aku jejak kaki ke puncak gunung ini ketika aku masih belajar sekolah rendah lagi sekitar tahun 80an. Mengambil masa begitu lama untuk aku kembali menaluki puncak ini. Tahun ni dah 3 kali aku tawan puncak Gunung Semanggol bersama beberapa rakan karib aku. Memang amat berbeza laluan yang aku lalui semasa zaman kanak2, mungkin dah tak ingat kot...
Sekali pandang orang lain tak akan menyangka itu adalah Gunung.. memang kelihatannya amat rendah jika dibandingkan dengan perkataan Gunung. Namun itu lah hakikatnya ia begelar gunung.Siapa yang pernah sampai ke puncak akan mengakui kehebatanya. Pernah berkata seorang pendaki amatur yang sampai ke puncak berkata " Ini lah gunung paling rendah yang pernah aku daki tapi paling mencabar tak setanding dengan ketinggiannya..
|
Di antara peserta program |
Ini lah yang aku nak cerita disini. Pengalaman terbaru mendaki & menawan puncak gunung ini. Pada 22 September 2012 seawal jam 8.00am peserta Program Bina Semangat Cabaran Gunung Kinabalu MDKerian seramai 13 orang daripada 22 orang peserta program telah bertolak dari Wisma MDK ke gunung semanggol.
|
Di Dewan sebaguna Gunung Semanggol |
Tiba di Dewan Serbaguna Gunung Semanggol pada jam 9.30 am. Para peserta di beri taklimat dakian oleh Pengarah Program. cabaran bermula dengan aktiviti warming up jalan kaki sejauh 2 km ke kaki gunung untuk memulakan dakian.
|
9.35 am sesi Warming Up |
|
Bacaan Doa oleh Hafiz sebelum dakian |
|
Jam 9.40 am dakian di mulakan
Cabaran pertama dilalui oleh peserta, kawasan berbatu |
|
Rock Climbing antara cabaran dakian ini |
|
Laluan dakian berbatu |
|
10.00am Berehat di KM 1 |
|
Cabaran ke 2 memasuki hutan tebal, permukaan yang lembab dan
dipenuhi daun kering menambahkan cabaran ini |
|
Antara kecerunan yang dihadapi peserta |
|
12.00 pm berbagai rintangan dan halangan di tempuh
dan berbagai masalah yang di hadapi akhirnya semua
peserta berjaya menawan kemuncak Gunung Semanggol. |
Kesemua peserta berjaya sampai ke puncak Gunung Semanggol walau banyak halangan dan rintang kami hadapi. Jelas terpancar wajah kepuasan ketika cabaran ini. Beberapa gangguan dan halangan dapat diatasi kerana kerjasama Team Work yang amat baik antara peserta. Kekuatan mental adalah amat penting dalam dakian ini. Aku ucapkan tahniah dan syabas kepada Team CGK 13..
No comments:
Post a Comment