Monday, 17 September 2012

CLIMB TRACKER GUNUNG SEMANGGOL @ CGK 13

Hari ini aku dan 2 lagi rakan setugas ke Gunung Semanggol (GS) untuk buat satu tugasan penting untuk latihan Program Kem Bina Insan Cabaran Gunung Kinabalu MDKerian 2013

Tugas kami adalah buat buat laluan atau trek dakian GS, latihan nanti akan melibat ramai peserta dan kemunkinan Seorang VIP akan turut serta. Sebab aku tak mahu ada gangguan bila latihan CGK sesi ke2 terganggu so aku bersama rakan telah buat sesi CLIMB TRACKER hari ni

Bermula seawal jam 8am bertolak dari pejabat ke GS yang terletak lebih kurang 30KM dari Parit Buntar. Sempat singgah 'mengopi' dulu lapik perut. Kami sampai ke GS sejam kemudian, POT park keta di Masjid Kampong Parit Satu, Gunung Semanggol.

Bebekal air 1500ml isi dalam Water Bag dan coklat Clock 9 kami teruskan Jejak Dakian. Tanda trek dengan Warning Tape.

Perjalanan Bermula.....



Masjid Kampong Parit 1 



Menuju ke trek batu




Pemandangan Gunung dari kaki gunung


Masuk trek hutan KM 1.3





 Marking Trek KM 1.7




 Tiba di puncak, ketinggian KM 2.4

Banyak laluan sukar terpaksa kami mencantas halangan laluan. Ini kali ketiga aku sampai ke Puncak Gunung Semanggol. Aku akui memang cabaran dakian adalah antara terbaik, ia menguji fizikal dan mental.Antara cabaranya kecerunan & laluan lincin.. Lincin bukan sebab basah tapi laluan diliputi daun-daun kering. Sah-sah aku mengelonsor 2 3 kali...





No comments:

Post a Comment